Saturday, June 27, 2009

TERKINI.....

MUNGKIN tidak ramai yang tahu tanaman tebu boleh menjanjikan pendapatan lumayan kepada seorang peladang dengan keuntungan antara RM5,000 dan RM8,000 bagi keluasan tanah hanya 0.4 hektar.

Keuntungan peladang akan berlipat ganda menjelang bulan Ramadan apabila permintaan yang meningkat menyebabkan harga sebatang tebu melonjak dari RM1.20 sebatang kepada RM2.50 menjadikan keuntungan boleh mencecah sehingga RM20,000.

Seorang pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkata sebaik-baiknya pemilik ladang mempunyai sekurang-kurangnya 1.6 hektar tanah yang membolehkan sebanyak 8,000 batang tebu ditanam. Ladang tebu itu akan mengeluarkan hasil selepas lapan bulan.

Selain untuk pasaran tempatan, Fama juga membantu peladang mencari pasaran luar negara kerana tebu kini mempunyai potensi tinggi untuk dieksport ke negara Asia Barat dan juga Singapura.

Air tebu dieksport

Pengarah Fama (Bijirin dan Herba) Abdul Rahman Abdul Rahim memberitahu Bernama bahawa Johor merupakan negeri yang aktif dengan aktiviti penanaman dan pemasaran produk yang berkaitan dengan tebu. “Di Batu Pahat sahaja kami ada 22.6 hektar dan Muar dengan keluasan 173 hektar ladang tebu. Peladang di sini ada yang inovatif dan berjaya menghasilkan minuman air tebu yang dibotolkan dan dieksport sehingga ke Singapura”, katanya.

Jumlah eksport tebu ke Singapura mencecah antara 200 dan 400 ikat sehari malahan pada tahun 2006, eksport tebu mencapai sehingga RM5.4 juta, kemudian meningkat kepada RM5.8 juta pada tahun 2007.

Fama juga telah membina sebuah Pusat Pengumpulan Tebu (PPT) yang berharga RM4.5 juta di Semerah, Batu Pahat untuk pasaran eksport ke Singapura kerana negara itu mempunyai syarat yang ketat berhubung soal kebersihan dan kualiti produk pertanian.

PPT adalah pusat eksport bagi tebu dengan fokusnya adalah kualiti produk pertanian itu. Ia juga bertindak sebagai agen pemangkin pertumbuhan dan pembangunan tanaman itu di negara ini.

Pusat ini yang dilengkapi dua bilik sejuk mempunyai kemudahan penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti tebu untuk pasaran domestik dan luar negeri.

Pusat itu, yang pertama dibina di Malaysia, merupakan usaha Fama untuk membolehkan tebu Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dengan produk tebu yang berkualiti tinggi, kata Abdul Rahman.

Tebu dipotong dan dieksport

Bernama yang mengikuti rombongan Fama ke PPT tersebut mendapati syarikat Purecane Manufacturing Sdn Bhd mengeksport batang-batang tebu yang siap dipotong pendek ke dalam kotak untuk dihantar ke Singapura. Dalam satu perjanjian dengan Fama, Purecane bersetuju memasarkan tebu dari 79 peladang yang mengerjakan ladang kontrak di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Batang tebu yang telah dipotong pendek dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke Singapura.

Menurut Abdul Rahman, 400 kotak yang mengandungi 5,000 batang tebu di eksport ke Singapura setiap hari. Nilainya adalah RM330,000 sebulan.

Dengan adanya PPT di Semerah, ia membolehkan peladang memproses tebu mereka untuk pasaran eksport secara sistematik dengan dipantau oleh agensi tersebut.

TERKINI.....

Menu Ikan Air Tawar Akan Diwajibkan Di Asrama Institusi Kerajaan - Noh


SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar hari ini berkata menu makanan di asrama-asrama di institusi latihan, pengajian dan sekolah-sekolah serta organisasi milik kerajaan akan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya satu menu hidangan ikan air tawar sekali dalam masa seminggu.

Beliau berkata perkara ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan syarat-syarat ini akan dikuatkuasakan dalam tender pembekalan baru bekalan makanan basah selepas tender yang sedia ada tamat tempoh, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar di Pasar Tani Peringkat Kebangsaan anjuran Lembaga Pemsaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.

Beliau berkata langkah ini telah diluluskan kabinet dalam mesyuarat Rabu lepas dan diharap langkah ini akan meningkatkan keberkesanan kempen menggalakkan pemakanan dan memperluas pasaran ikan air tawar di dalam negara.

Selain daripada itu, keputusan ini diharap dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk menikmati ikan air tawar agar mereka tidak merasa janggal untuk menjamah ikan yang menjadi sumber protein nenek moyang mereka satu ketika dahulu.

Langkah ini juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan laut yang diimport di mana Malaysia mengimport 350,000 tan ikan dan produk ikan setahun terutamanya dari negara jiran yang kurang kesegarannya berbanding dengan ikan air tawar yang dihasilkan di Malaysia.

Kerajaan juga telah mengambil langkah menggalakkan industri akuakultur dengan memperuntuk RM358 juta bagi penyediaan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi menarik minat pihak swasta menyertai sektor ini.

Bagaimanapun, Noh berkata beliau kecewa apabila pasaran ikan air tawar seperti keli dan patin di dalam negara meningkat dengan pulangan yang baik dan menarik minat rakyat untuk menyertai industri ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai telah mensabotaj perkembangan ini.

Ini mengakibatkan harga pasaran keli dan patin di negara ini merudum selepas media melaporkan ada di antara para pengusaha yang tidak bertanggungjawab memberi makan benda yang terlarang dan menjijikkan kepada ikan-ikan itu mengakibatkan sesetengah pihak kini tidak berselera untuk membeli apatah lagi memakan ikan keli dan patin, katanya.

Oleh itu, beliau berharap perkara itu dapat diatasi apabila Akta Bekalan Makanan Haiwan yang sedang dibentangkan oleh Kementeriannya di Parlimen pada sidang kali ini diluluskan.

Apabila akta ini diluluskan kementerian akan membuat peraturan supaya bekalan makanan ikan ini mestilah daripada bahan yang suci dan halal supaya para pengguna tidak merasa was-was untuk memakannya.

-- BERNAMA

BEKALAN IKAN AIR TAWAR - IKAN PATIN

Kepada rakan2 penternak....
Bekalan ikan patin sekarang ni agak berkurangan utk pasaran setempat di sekitar Kelantan.... Kepada rakan penternak semua...yang mempunyai bekalan pada masa ini boleh lah menghubungi saya untuk jualan... saya akan membeli secara borong berapa banyak bekalan yang rakan2 ada....minta bantuan segerakan....coz pasaran saya kekurangan ikan patin....kepada yg ingin beklan ikan keli blh lah hubungi saya utk urusan penghantaran...
Thanks....
Come Sunny (012-9663359)

Tuesday, June 23, 2009

TERNAKAN BELUT

Kepada semua sahabat penternak....
buat anda yg berminat untuk mendapatkan maklumat penternakan belut secara komersial ( untuk tujuan pasaran ) boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan bertukar2 fikiran.... saya juga ada sumber untuk mendapatkan benih belut pisang dengan kuantiti dan harga yang boleh dirunding... berminat... Come Sunny 0129663359

Thursday, June 18, 2009

saya sedang mencari rakan kongsi di seluruh malaysia utk sama2 terlibat dalam projek ini... berminat see me at 0129663359

PAKEJ NUTUK TERNAKAN KELI DALAM KANVAS

Untuk maklumat lanjut.... hubungi COME SUNNY 0129663359..... sy akan masukkan detail pasal pakej ASAP kat blog ni... sabar erk